Hidup moden penuh dengan kesibukan, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin memberi keupayaan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan menuju kejayaan. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tekanan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya.
Kes-kes seperti "Pelajar ancam terjun","Terjun sebab tekanan" telah biasa dipampang di muka surat khabar. Hal ini kerana, pelajar bertindak demikian akibat mengalami tekanan dalam pelajaran atau masalah keluarganya. Kebanyakkan ibu bapa mahukan anak-anak mereka dapat mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan mendapat kerjaya yang baik di masa hadapan. Harapan yang diletakkan oleh ibu bapa tidak dapat dicapai oleh anak-anak, ini akan menyebabkan anak-nak mengalami tekanan yang teruk sehingga boleh menyebabkan trauma atau keadaan yang teruk adalah bunuh diri.
Selain itu, pelajar akan mengalami pelbagai perubahan persekitaran dalam hidupan seharian mereka. Contohnya mereka akan mengalami perubahan gaya hidup dari peringkat menengah kepada peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka akan mengalami tekanan jika tidak dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan besar bergelar pelajar universiti seperti untuk mendapat keputusan yang cemerlang mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan. Hal ini kerana, jika mendapat keputusan yang baik dalam universiti seperti mendapat CGPA yang melebihi 3.75, pelajar boleh memohon untuk dapat menukarkan pinjaman kepada biasiswa agar dapat mengurangkan tanggungan daripada keluarganya. Oleh itu, tidak semestinya tekanan mengancam kesihatannya, ia juga boleh menjadi pemangkin menuju kerjayaan.
Bukan itu sahaja, sistem penentuan gred bagi setiap subjek tidak hanya bergantung kepada markah dalam peperiksaan akhir semata-mata. Inilah yang menjadi pembaharuan besar bagi pelajar yang memasuki alam kampus terutamanya pelajar semester 1. Mereka akan mengalami tekanan kerana beban untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam masa yang tepat dan pada masa yang sama mereka perlu mengulangkaji pelajaran bagi setiap subjek untuk menghadapi ujian dan kuiz.
Di samping itu, faktor tekanan pelajar yang seterusnya ialah kurangnya kecerdasan intrapersonal. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada kecerdasan sesorang mampu memahami diri sendiri, mengetahui kelemahan yang ada pada diri sendiri. Biasanya, pelajar yang kurang kecerdasan intrapersonal ini lebih cenderung berfikiran negatif seperti tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menyelesaikan masalah, tidak merasa setara dengan orang lain dan malu untuk menerima pujian dan kritikan. Oleh itu, kurangnya kecerdasan intrapersonal adalah faktor tekanan kepada pelajar.
Secara keseluruhan, tekanan membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya, memberi tumpuan terhadap kecermelangan dalam memberi penerangan (presentation), membolehkan pelajar berfokus dalam mengulangkaji apabila hampir hari peperiksaan daripada biasanya menghabiskan masa untuk menonton tv dan sebagainya. Tambahan pula, tekanan boleh dikawal dengan baik melalui pelbagai langkah seperti bersenam, tidur, menceburi aktiviti seni dan sebagainya. Akhir-akhir ini sering mendengar mempunyai sebuah buku yang agak popular bernama "Secret Garden" dapat mengurangkan tekanan dengan mewarnanya seperti berikut.
No comments:
Post a Comment