Wednesday 21 October 2015

ASAP ROKOK ANCAM NYAWA

Merokok merupakan isu global yang sering dibincangkan di mana-mana sahaja baik di barat atau di timur. Walaupun telah banyak artikel yang disiarkan mengenai kesan-kesan merokok namun remaja masih lagi meneruskan tabiat buruk mereka ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini tetapi semuanya tidak menunjukkan kesan positif ibarat mencurah air kedaun keladi

Adakah merokok mengancam nyawa kita? Ya, merokok akan mengancam nyawa kita. Menurut berita Sinar Harian, Tabiat merokok menyumbangkan kepada lebih 10,000 kematian di negara ini setiap tahun, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher. Selain itu, katanya Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tabacco Survey Malaysia 2015 menunjukkan kadar merokok dalam kalangan di negara ini adalah 23 peratus iaitu lebih empat juta perokok.


Baru-baru ini didapati bahawa terdapat sebuah berita yang terkejut kita ialah di negara Sepanyol pada 20 Oktober 2015, seorang kanak-kanak diajar menghisap rokok dan meminum arak viral/ Kejadian ini berlaku di Sepanyol dan melibatkan dua orang lelaki warganegara Romania dan seorang kanak-kanak lelaki. Salah satu seorang lelaki tersebut meletakkan rokok di bibir kanak-kanak terbabit dan menyalakannya.



Antara kesan buruk tabiat merokok dalam kalangan masyarakat adalah menjejaskan kesihatan kita. Ia juga merupakan punca utama kes kematian negara kita semakin meningkat. Hal ini kerana rokok mengandungi banyak bahan yang akan menjejaskan sistem pernafasan kita dan juga kesihatan kita termasuklah nikotin, tar dan beberapa bahan kimia lain. Bukan itu sahaja, merokok juga mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Oleh itu, merokok merupakan tabiat buruk yang akan menjejaskan kesihatan kita.

Secara keseluruhan, masyarakat harus menyedari bahaya merokok dan merokok akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada penghisapnya. Oleh itu, usaha menangani tabiat merokok sudah pastinya memerlukan komitmen daripada semua pihak dengan bermula daripada institusi keluarga melalui didikan ibu bapa terhadap anak-anak dan seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi. Tegasnya, bersatulah kita dalam menangani masalah rokok bersama-sama.









No comments:

Post a Comment