Sunday, 4 October 2015

PENYAKIT ANJING GILA (RABIES)

Sejak akhir-akhir ini, fenomena penyakit berjangkit semakin biasa dalam kalangan masyarakat kini. Di Malaysia, sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru di negara kita tentang isu penyakit anjing gila. Isu penyakit ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di warung-warung kopi mahupun di Dewan Parlimen. Hal ini demikian kerana kita sering didedahkan dengan isu ini di media cetak dan media eletronik di dalam negara kita. Menurut berita terkini, pada 17 September 2015, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku beberapa kes mangsa digigit oleh anjing liar itu mencatatkan 22 mangsa di Perlis, 5 mangsa di Kedah dan 2 mangsa di Pulau Pinang. 



Apa itu penyakit anjing gila? Adakah penyakit ini mengancam nyawa kita? Marilah kita persefahaman tentang penyakit ini. Penyakit anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas. Agen penyebab virus ini adalah virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus. Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan atau air liur daripada haiwan yang dijangkiti. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera. Selain itu, selepas gigitan tidak menyebabkan kematian segera kerana tempoh pengeraman virus mengambil masa 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari dan selewat-lewatnya 7 tahun namun ini adalah bergantung kepada bahagian gigitan. Virus rabies akan masuk dalam lapisan kulit dan seterusnya virus itu akan gerak melalui sistem saraf ke otak. Ini akan mengambil masa yang lama untuk mengeraman apabila mula gigitan sehingga tunjuk tanda awal penyakit. Misalnya, kes-kes penyakit ini telah berlaku di Pulau Pinang yang dimulakan kerana seorang lelaki yang berusia 44 tahun telah digigit oeh anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September. Kes yang kedua telah dilapor pada 15 September seorang kanak yang berusia 11 tahun turut digigit oleh anjing di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya.


Apa tunjuk tanda dan gejala selepas gigitan? Tunjuk tanda-tanda awal selepas gigitan adalah deman, sakit kepala, tiada selera makan, lemah, muntah dan berasa sakit pada tempat digigit. Selain itu, mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiupan angin (aerophobia). Bukan itu sahaja, sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat yang seterusnya, pesakit menjadi celaru dan akan mengalami sawan sehingga boleh menyebabkan kematian.


Penyakit anjing gila ini membawa pelbagai kesan kepada kesihatan badan kita, Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah, rawatan dan pencegahan perlu disediakan untuk mengelakkan diri daripda dijangkiti oleh penyakit anjing gila. Oleh demikian, selepas terkena gigitan harus basuh luka gigitan dengan sabun dan air atau air sahaja dan seterusnya sapukan etanol atau iodin povidon di bahagian luka gigitan. Selain itu, pencegahan penyakit anjing gila dapat dilakukan dengan suntikan vaksinasi untuk mencegah dari dijangkiti penyakit tersebut. Tambahan lagi, kita wajar menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan diri kita dijangkiti penyakit anjing gila, bak kata pepatah, "mencegah lebih baik daripada mengubati". Justeru, kita perlu elakkan memegang atau menyentuh haiwan liar dan haiwan pelihara yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Jika digigit oleh haiwan yang berkemungkinan dijangkiti, perlu basuh luka segera dengan sabun dan air atau dapatkan rawatan doktor serta-merta. Pemilik anjing juga perlu membawa pelihara haiwan mereka mendapatkan vaksin anti-varies di jabatan tersebut.


Di samping itu, terdapat operasi yang dijalankan oleh kerajaan untuk menghentikan penyebaran penyakit ini telah dikritik oleh pencinta haiwan kerana operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Walaupun bantahan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pencinta anjing tetapi sebenarnya jika operasi ini tidak dijalankan berkemungkinan akan menyebabkan jangkitan terus merebak sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Seyogia, kerajaan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan menghentikan penyebaran penyakit anjing gila supaya mengelakkan jangkitan ini mendatangkan risiko kepada nyawa manusia dan juga merebak ke negeri lain.


Konklusinya, penyakit anjing gila merupakan penyakit yang sangat serius perlu dimantaukan oleh kerajaan. Namun, keupayaan dan kesedaran untuk melindungi diri daripada dijangkiti penyakit anjing gila dan sebaiknya mengenalpasti tanda-tanda atau gejala-gejala penyakit ini. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu untuk menghentikan penyebaran penyakit anjing gila.













No comments:

Post a Comment