Tuesday, 20 October 2015

PEMBUANGAN BAYI TINDAKAN KEJAM!

Pada era globalisasi ini, negara kita semakin berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun begitu, kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui oleh satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia iaitu gejala pembuangan bayi. Isu ini seolah-olah sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat dan hampir setiap setiap hari berlaku dan boleh kita diketahui melalui akhbar harian, majalah, media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka. 

Pembuangan bayi merupakan tindakan yang sangat kejam! Mendapati bahawa pada 15 Mei 2015, Malaysia digemparkan berita mengenai seorang mayat bayi telah dipotong 15 bahagian tanpa kepala dijumlai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru. Mayat itu dijumpai oleh sekumpulan perkerja syarikat kontraktor yang sedang membersihkan perangkap sampah yang dipasang di loji itu. Apabila mendengar berita tersebut akan merasa sakitnya hati terhadap bayi yang dibuang oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab.


Bukan itu sahaja, selain daripada kes bayi dipotong 15 bahagian, terdapat beberapa lagi kes pembuangan bayi yang sangat kejam berlaku sebelum ini seperti mayat bayi perempuan telah ditemui dalam tangki simpanan air di stesen minyak BHP Seremban, Negeri Sembilan pada Mei 2015 yang ditemui oleh seorang pelanggan yang hendak menggunkan tandas. Kes yang seterusnya adalah seorang bayi ditemui dalam mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang pada 2012 dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

Siapakah golongan tertinggi yang teribat dengan gejala ini? Mengikut statistik kes pembuangan bayi, 40 kes daripada 93 yang diketahui melibatkan remaja yang berumur 18 sehingga 25 tahun yang melakukan gejala pembuangan bayi ini. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan masalah gejala ini semakin meningkat? Kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan didikan agama dalam kalangan remaja ini. Kekurangan didikan agama ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai perasaan tanggungjawab dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka adalah betu atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Jadi, kekurangan didikan agama akan menyebabkan masalah ini semakin meningkat.

Kepincangan institusi keluargaan juga menjadi punca dalam masalah gekala ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak dan meyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak bergaul dengan rakan sebaya yang negatif  di luar rumah seperti bergaul dengan hantu, akan menjadilah hantu. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.




"Baby hatch" dijadikan pusat perlindungan bayi (Yayasan OrphanCare) untuk ibu baru yang tidak boleh atau tidak mahu menjaga anaknya. Pusat ini ditubuhakan adalah bertujuan untuk mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa. Tujuan utama penyediaan "babay hatch" ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi kerana mereka juga mempunyai hak untuk hidup.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang.


No comments:

Post a Comment